
Roti jejari simple dan sedap ini hanya menggunakan campuran dua jenis tepung iaitu BESTARI dan sedikit tepung jagung. Tersangatlah mudahnya kan? Anak remaja pun boleh buat sendiri.
Menurut puan Har Ryea, dia mendapat resipi ini daripada perkongsian daripada grup MAHN. Cuma memandangkan tepung BESTARI sedikit masin, ditambahkan sedikit tepung jagung untuk seimbangkan rasanya. Tip itu juga diperoleh daripada grup masakan tersebut.
Roti Jejari Simple Dan Sedap
Bahan-bahan:
Roti
Tepung BESTARI
1 sudu makan tepung jagung
Air
Minyak masak
Cara Memasak:
Roti dipotong-potong memanjang atau gunting. Dalam satu mangkuk, bancuh tepung goreng BESTARI bersama tepung jagung. Tambah sedikit air. Kacau sebati jadi bancuhan tepung.
Dalam satu mangkuk lain, masukkan tepung goreng BESTARI dan tepung jgung, gaul rata. Tapi yang ini tak perlu bancuh. Biar kering.
Kemudian celup jejari roti ke dalam bancuhan tepung, kemudian gaulkan pula dalam tepung kering.
Setelah itu boleh terus goreng menggunakan api sederhana sampai ia bertukar jadi warna keperangan. Angkat dan toskan. Ulangi hingga selesai.
Siap, kita cicah dengan sos Thai. Makan panas-panas memang sedap. Kalau ada roti yang belum habis makan sedangkan waktu dah hampir expired, baik cepat-cepat masak ini. Gerenti habis licin anak-anak makan.