Hanya Guna Petua Tomato Beku, Kulit Berjerawat & Berparut Kembali Pulih Jadi Pinkish & Glowing

Kalau anda antara yang dah mencuba macam-macam produk untuk hilangkan masalah jerawat dan parutnya tapi tak juga berkesan mungkin boleh cuba cara yang dikongsi gadis ini.

Dengan hanya menggunakan tomato beku, ia jadi penyelesaian untuk masalah jerawat dan parut degil yang dialami. Paling best amalan ini juga membuatkan kulit wajahnya makin berseri.

Berikut adalah perkongsian Asha Zakaria yang boleh korang praktikkan. Mudah sangat caranya. Murah pulak tu.

Bahan hanya satu biji tomato!

Tip untuk hilangkan jerawat dan parut degil!

Boleh glowingkan kulit wajah.

Bahan yang diperlukan cuma satu biji buah tomato.

Cara-caranya

  • Cuci dan simpan buah tomati ini dalam peti ais bahagian sejuk beku.
  • Biarkan selama sehari. Kemudian potong dua.
  • Ambil sebelah dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit.
  • Biarkan selama satu jam sebelum mencucinya seperti biasa.
  • Buat setiap hari, seeloknya pagi.
  • Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu .