Betapa sayunya hati seorang warga emas apabila kediaman yang menjadi tempat dia berteduh bersama anak dan cucunya musnah dalam kebakaran di Kampung Gerong Apal, Jertih, Besut, 9.20 pagi semalam.
Bersyukur Walau Rumah Terbakar
Bagaimanapun, walau rumah terbakar dan musnah, lelaki berusia 65 tahun itu tetap memanjat rasa syukur kerana anaknya yang berumur 39 tahun dan cucu berusia dua tahun selamat dalam kejadian itu.
Walau sedih, beliau beryukur kerana anak dan cucunya selamat
Ketika kejadian, difahamkan dua beranak terbabit dikatakan sedang tidur. Namun keduanya terjaga apabila ruang rumah papan yang didiami itu dipenuhi asap tebal dan rumah terbakar..
Ketika kejadian, warga emas terbabit keluar mencari rezeki dengan menoreh getah di kebun berhampiran kampung berkenaan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa memberitahu, anak dan cucu warga emas terbabit sempat menyelamatkan diri sebaik mereka terjaga dari tidur.
Besarnya ujian Allah untuk keluarga ini kerana kebakaran tersebut telah menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang. Manakan tidak seluruh rumah yang mereka diami itu musnah.
Muhammad Tarmizi memberitahu ketika dihubungi oleh Harian Metro, pasukannya seramai 16 anggota bomba yang diketuai oleh Komander Operasi PBK I Seman Awang dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan sebuah jentera tangki air sebaik menerima panggilan kebakaran kira-kira jam 9.42 pagi.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati api sudah merebak ke hampir keseluruhan rumah. Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran di rumah berkenaan.
Katanya lagi, “Siasatan bagi mencari punca kejadian dan kerugian yang dialami mangsa sedang dijalankan,”.
Semoga mereka tabah dengan ujian ini untuk terus menjalani kehidupan yang seterusnya. Pepatah mengatakan, Api, Semasa Kecil Menjadi Kawan. Apabila Dia Sudah Besar, Maka Menjadi Lawan.
Berhati-hati dalam menggunakan apa jua alatan yang melibatkan api atau elektrik. Penggunaan alatan elektrik hendaklah dalam keadaan yang selamat. Jangan sesekali menggunakan alat yang disyaki mengalami kerosakan.