Ada pelbagai resepi ikan keli yang kita boleh cuba. Contohnya ikan keli goreng, ikan keli berlada, ikan keli masak lemak dan sebagainya.
Namun begitu, ramai yang memilih untuk membeli yang sudah siap dimasak kerana risau minyak terpecik semasa sedang menggoreng ikan.
Rupanya kita boleh memasak ikan keli menggunakan air fryer. Hasilnya sama macam digoreng di atas dapur, rangup di luar dan lembut di dalam.
Selepas ini tak perlu risau ikan keli meletup-letup dah, guna je air fryer! Jom kita lihat cara-cara yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim di bawah. Selamat mencuba!
RESEPI IKAN KELI GUNA AIR FRYER
Bahan-bahan:
- Ikan keli
- Serbuk kunyit
- Garam
- Serbuk cili
- Tepung jagung
- 2 sudu minyak masak
Cara memasak:
1. Cuci ikan keli sehingga bersih. Kemudian kelar ikan keli rapat-rapat.
2. Seterusnya, lumurkan ikan keli dengan serbuk kunyit, garam, serbuk cili, tepung jagung dan 2 sudu minyak masak.
3. Lumur sehingga semuanya rata pada ikan keli.
4. Lapikkan air fryer dengan aluminium foil.
5. Letakkan ikan dan bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.
6. Selepas 15 minit, terbalikkan ikan dan sambung bakar selama 10 minit lagi.
7. Hasilnya, ikan keli akan menjadi garing di luar dan lembut di dalam.
8. Lebih sedap jika dicicah dengan sambal kicap. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim