Herba Sacha Inchi Beri Pendapatan Tambahan RM500 Sebulan – Manfaat Sacha Inchi Yang Ramai Tidak tahu
Tanaman sacha inchi jana pendapatan tambahan
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yakin tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan.
Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut.
“RISDA akan mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah tidak lama lagi,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Pekebun Kecil RISDA peringkat negeri di Pasar Sehari Bukit Keteri di sini semalam.
Yang turut hadir Pengarah RISDA negeri, Abd. Rahim Hashim.
Dalam majlis berkenaan, seramai 1,200 pekebun kecil getah di seluruh negeri ini menerima bantuan.
Zahidi berkata, sacha inchi yang kaya dengan omega 3, 6 dan 9 itu adalah sebagai gantian kepada tanaman guarana yang tidak diluluskan kerajaan kerana dikatakan boleh membawa penyakit kepada pokok getah di negara ini.
Meskipun akur dengan keputusan itu tetapi beliau berpendapat, sepatutnya jabatan pertanian membuat kajian punca yang menyebabkannya tidak boleh ditanam.
“Ini memandangkan guarana dikatakan mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada pekebun kecil getah,” katanya.
Sementara itu, Zahidi menasihatkan pekebun kecil getah supaya tidak terpedaya dengan parti pembangkang yang disifatkan sudah tiada lagi hala tuju dan kini sedang menuju kehancuran.
Sumber: Utusan Online
.
.
MANFAAT SACHA INCHI OIL.
Manfaat Sacha Inchi Oil (Minyak Sacha Inchi).
Kandungan nutrisi sacha inchi serta manfaatnya.
Sacha inchi kaya dengan omega-3, omega-6, dan omega-9. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus.
Antara manfaat pengambilan minyak sacha inchi secara teratur adalah:
Mengawal kolestrol
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein, terlalu banyak akan membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (High Density Lipoproteins, baik untuk kesihatan).
Mengekalkan kesihatan mental
Asid amino tryptophan yang terkandung dalam sacha inchi meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang dikenal sebagai hormon penstabil mood. Ini amat membantu dalam mengekalkan kesihatan mental.
Meningkatkan fungsi otak
Lebih kurang 60% kandungan otak kita adalah lemak. Bermaksud kita memerlukan lemak yang sihat dari sumber makanan seperti Sacha Inchi untuk membina membran sel otak dan menyuburkan sel-sel otak kita.
Pengambilan omega-3 dapat meningkatkan konsentrasi dan mengurangkan keradangan otak yang menyebabkan masalah keletihan, kemurungan, dan ingatan.
Mengawal berat badan
Tubuh manusia akan mengeluarkan hormon kortisol apabila mengalami tekanan untuk mengawal tekanan darah dan tahap insulin. Tetapi kortisol berlebih akan menyebabkan kita ingin makan secara berlebihan terutamanya makanan manis.
Omega-3 terbukti dapat mengawal kortisol. Maka selera kita juga lebih terkawal.
Mengekalkan kesihatan jantung
Aliran dan tekanan darah yang baik dan tahap kolesterol yang terkawal pastinya memberi kesan bagus kepada kesihatan jantung.
Mengelak diabetes
Omega-3 yang ada turut mengawal tahap glukosa, sekaligus boleh mengelakkan diabetes.
Meningkatkan kekuatan tulang
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.
Melancarkan kesihatan mata
Vitamin E, A dan omega yang ada melancarkan pandangan dan mengekalkan kesihatan mata.
Mengurangkan sakit sendi
Kandungan nutrisi yang ada turut membantu dalam mengurangkan sakit sendi dan rheumatoid arthritis. Bagi menambahkan lagi manfaat, anda boleh mencampurkan minyak sacha inchi dengan halia.
Mencantikkan kulit dan rambut
Omega3 dan vitamin E memainkan peranan penting untuk manfaat ini. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan keanjalan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.
Terdapat pelbagai lagi manfaat sacha inchi yang lain, namun manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas merupakan manfaat asas ‘super food’ tersebut. Secara keseluruhannya, sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti seseorang.
Semoga Bermanfaat. Jangan lupa share ya – Kartel Dakwah