Hidangan Ringkas Tapi Mengenyangkan!,Resipi Roti Cheezy Balut Telur Guna 3 Bahan

Tak tahu nak makan apa untuk sarapan pagi? Jom masak mudah-mudah je seperti Roti Cheezy Balut Telur ni. Senang sangat caranya.


Dengan hanya menggunakan 3 bahan mudah yang biasa ada di dapur rumah, anda boleh menghasilkan sarapan yang ringkas tapi mengenyangkan.

Siap ada lapisan cheese di tengah yang membuatkan sarapan pagi anda lebih fancy tapi sebenarnya sangat simple dan sedap!  Jom kita cuba dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Har Ryea di bawah.

CARA BUAT ROTI CHEEZY BALUT TELUR

Bahan-bahan:

  • Telur 2 biji
  • Roti 2 keping
  • 2 keping cheese
  • Sedikit lada sulah (jika suka)

Cara-cara:

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit lada sulah dan pukul sehingga semuanya sebati.

roti cheezy balut telur

2. Kemudian, dadarkan telur dalam kuali leper.

3. Seterusnya, letakkan 2 keping cheese di atas telur tadi.

roti cheezy balut telur

4. Kemudian letakkan roti di atas cheese.

5. Untuk melipatnya, mula-mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti serta cheese.

roti cheezy balut telur

6. Terbalikkan dan masak sekejap.

7. Siap dan boleh diangkat!

8. Potong dan makan panas-panas, selamat mencuba!

roti cheezy balut telur

Kredit: Har Ryea