Hukum Suami Tidak Memberi Nafkah Kepada Isteri Selama 3 Bulan…Hati-Hati Wahai Suami

Jika suami mengabaikan memberi nafkah kepada isterinya maka suami akan berdosa. Tak memberi nafkah hingga 3 bulan masa yang lama jika isteri tidak bekerja akan menzalimi isteri kerana terpaksa meminta -minta pada orang lain.


Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: ‘”Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Huraian Hadis

Pengajaran hadis:

i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.

ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.

iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks dan memberi pendidikan agama, manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.

iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah SAW ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

Semasa akad nikah suami ada melafazkan taklik. Lafaz taklik sebenarnya akan dikira sah melalui dua perkara utama :

1. Berlaku perkara yang dilafazkan sebagai taklik seperti : “Sekiranya saya meninggalkan isteri saya selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah zahir dan batin”………..Iaitu berlakunya perbuatan meninggalkan isteri selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah.

2. Isteri tidak reda dengan keadaan tersebut dan telah membuat pengaduan ke pejabat kadi dan apabila sabit perbuatan tersebut ( perbuatan meninggalkan isteri ) maka tertalaklah isteri tersebut dengan talak satu.

Berikut adalah contoh lafaz taklik negeri Selangor :

“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.” jika puan tinggal di Selangor lafaz taklik suami adalah tinggalkan isteri tak beri nafkah zahir dan batin selama 4 bulan Hijrah berturut-turut… jika sabit kesalahan dan isteri mengadu pada mahkamah Syariah maka boleh jatuh talak satu (dengan cara talak khuluk).

Selagi suami tak ucapkan lafaz cerai maka belum lagi jatuh talak walaupun suami membawa keluar barang makanan yang telah dibelinya. jika tindakkan suami berpunca daripada sikap isteri yang derhaka isteri akan menaggung dosa besar kerana reda Allah SWT bergantung pada reda suami. Suami juga akan berdosa kerana membawa keluar makanan yg telah dibeli kerana itu adalah hak isteri dan anak-anak sebagai nafkah.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah