Tips Perniagaan Kebun Buah Naga (Dragon Fruit)
Penanaman buah naga merupakan suatu perniagaan tani yang mempunyai prospek yang cerah. Ini kerana pokok buah naga mempunyai jangka hayat selama lebih kurang dua puluh tahun. Yang lebih hebat lagi, dalam usia lapan bulan, ia sudah mampu mengeluarkan buah dan terus berbuah setiap bulan.
Pokok buah naga ini mampu bertahan selama lebih kurang dua puluh tahun, bahkan lebih lama lagi.
Tenaga cahaya matahari yang banyak harus sentiasa dibekalkan ke batang pokok agar proses fotosintesis tumbuhan tidak terganggu. Kebun harus diuruskan dengan rawatan yang memastikan pokok-pokok sentiasa mengeluarkan buah. Setiap batang pokok harus ditopang dengan tiang. Pada setiap rumpun, pastikan tanahnya sentiasa kering kerana spesis hylocerus ini tidak dapat tumbuh dengan baik di kawasan lembap. Untuk pertumbuhan yang lebih cepat dan baik, rumpunnya harus dilingkari tayar terpakai supaya tanahnya sentiasa dalam keadaan padat.
Satu hektar kebun mampu menampung seribu (1, 000) pokok buah naga dan memerlukan dua ribu (2, 000) biji tayar. Cuba dapatkan tayar terbuang yang lebih tahan dan mempunyai diameter yang sesuai.
Pokok ini akan mula berbuah dari usia lapan bulan. Rawatan yang cukup intensif, semburan racun serangga dan pembajaan harus dilakukan secara rutin agar dapat menghasilkan pertumbuhan pokok dan buah yang banyak. 1 hektar kebun buah naga mampu menghasilkan hingga tiga tan buah naga setiap bulan. Dalam satu bulan, khaskan satu minggu untuk mengumpul buah sahaja. Di kebun petani tersebut terdapat seribu dua ratus tujuh puluh tiga (1, 273) batang pokok dengan keluasan kebun melebihi satu hektar.
Hasilnya juga luar biasa setelah kebuh mula berbuah. Cuba anda bayangkan, sejak usia tanaman lapan bulan ia tidak behenti berbuah sehingga usia dua puluh tahun. Setiap bulan anda mendapat bertan-tan buah naga. Sabarlah sehingga sehingga mencapai tahun ketiga.
Terdapat banyak perusahaan yang berasaskan buah naga. Contohnya, jem, keropok, beraneka kuih-muih ; semuanya dapat dihasilkan daripada buah naga. Sememangnya perusahaan ini semakin maju, dan membawa kepada perkembangan industri tempatan.
Demikian, tips untuk usahawan pekebun buah naga. Semoga tips di atas dapat memanfaatkan anda yang ingin menceburi bidang ini – Usahawan.com