Ikut Cara Orang Lama Ini,Petua Rebus Jantung Pisang Agar Putih Bersih & Tak Hitam..

Tak ramai yang tahu cara rebus jantung pisang supaya ia menjadi putih bersih. Rupanya ada petua yang perlu dilakukan semasa merebusnya.


Jika salah cara, jantung pisang akan menjadi hitam dan sekaligus menjadikan ia kelihatan kurang menarik untuk dimakan.

Jantung pisang rebus ini cukup sedap dijadikan ulam semasa menikmati hidangan tengah hari. Kecur air liur dibuatnya!

Jadi, jom kita praktikkan 6 kaedah rebus yang diamalkan oleh orang dulu-dulu di bawah. Semoga bermanfaat!

CARA REBUS JANTUNG PISANG SUPAYA TIDAK HITAM

1. Jangan Dibelah Dua

cara rebus jantung pisang

Buang beberapa lapisan kulit jantung pisang. Kemudian terus masukkan ke dalam air rebusan yang mendidih.

Jangan belah jantung pisang, terus rebus seketul. Setelah masak, baru dipotong kepada dua atau empat.

2. Minyak Masak

cara rebus jantung pisang

Semasa sedang merebus jantung pisang, masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk.

3. Letak Asam Keping

cara rebus jantung pisang

Masukkan sekeping asam keping ke dalam periuk rebusan yang mengandungi jantung pisang.

Penggunaan asam keping dikatakan boleh menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih.

4. Tabur Garam

Masukkan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga dikatakan berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak lebam tak hitam selepas direbus.

5. Perah Limau

Untuk memastikan jantung pisang berwarna putih selepas direbus, perahkan limau ke dalam rebusan.

Kredit: Keluarga, Zaihanififie Abu Bakar