Baru beli mesin waffle? Jom belajar cara buat waffle yang sedap dan garing. Confirm tak cari resipi lain dah! Kalau ada yang belum miliki mesin waffle ni, boleh membelinya di atas talian dengan harga yang murah dan mampu milik.
Resipi waffle ini telah dikongsikan oleh Nor Asiah. Adunan ini dijamin akan menghasilkan tekstur waffle yang garing di luar dan lembut di dalam.
Memang puas hati buat sendiri sebab boleh letak inti yang disukai, letak banyak-banyak pun tak apa! Boleh buat untuk sarapan atau minum petang. Sekali cuba pasti akan buat berkali-kali.
Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 ½ cawan air @ 1 cawan susu & 1 ½ cawan air full cream
- 3/4 cawan minyak masak/butter cair
- 2 biji telur
- Sedikit esen vanilla
- 2 sudu makan susu tepung
- 3 sudu gula kastor
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu makan baking powder
- 1/4 sudu teh baking soda
Cara-cara:
1. Masuk semua bahan dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati.
2. Biarkan adunan selama 10-15 minit.
3. Tuangkan adunan secukupnya menggunakan senduk ke dalam mesin waffle.
4. Letak inti pilihan anda.
Selamat mencuba!
Kredit: Nor Asiah