Ini RAHSIA Bagi ‘Kick’ Dan Tahan Lama,Sambal Kicap Style Johor

Resipi Sambal Kicap Style Johor ini memang padu. Andai ke sana, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu.


Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri?

Jom cuba resipi perkongsian dari Cik Puan Norhayati Bt Ismail Tang ini. Oh ya, ada petua tau supaya sambal kicap ini tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.


RESIPI SAMBAL KICAP STYLE JOHOR

sambal kicap style johor

Bahan-bahan: 

  • Cili padi 30 biji
  • Bawang putih – 2 labu (digoreng hingga perang)
  • Kicap masin – ½ botol atau ikot paras cili dlm jug blender
  • Cuka/air limau – 3 sudu besar
  • Gula – 5 sudu besar

Cara penyediaan: 

1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.

2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.

3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.

Info Tambahan: 

  • Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
  • Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
  • Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja.
  • Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .
  • Petua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.


Selamat mencuba resipi ini.