Jadi Mangsa Buli Rakan Sebaya, Pelajar Tingkatan 1 Alami Kecederaan Tisu Lembut

Pelajar tingkatan 1 yang menjadi mangsa buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar difahamkan telah mendapat rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Stabil dan sedang menerima rawaan

Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan ada kecederaan tisu lembut di badan mangsa dan pelajar berusia 13 tahun telah mendapat rawatan susulan di sebuah hospital di Selangor.

“Keadaannya stabil, namun masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor,” katanya ketika dihubungi.

Beberapa pelajar telah dipanggil

Tambah Datuk Mior Faridalathrash lagi, bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian buli tersebut di Selangor dan setakat ini 10 pelajar lelaki telah dipanggil untuk mendapatkan keterangan.

Keterangan mangsa telah diambil untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan kes ini,” jelas beliau.

Menurut laporan, daripada 10 yang dipanggil untuk memberikan keterangan, sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang berusia 15 tahun. Kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberikan keterangan.

Terdahulu, video sekumpulan pelajar membuli seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama telah tular di media sosial sehingga mendapat kecaman ramai.

Susulan daripada itu, laporan polis telah dibuat dan beberapa identiti pembuli telah didedahkan oleh warganet kerana geram dengan perilaku yang tidak bermoral seperti itu.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan), Twitter @Ekax_

Artikel Berkaitan   Aset Sajat Kena Lelong Esok, Orang Ramai Boleh Datang Beli Di Kota Damansara