
Kita pernah melihat dan mendengar tentang sesetengah masyarakat hari ini menghadapi situasi dikasari oleh mereka yang memungut hutang atau agen yang telah dilantik oleh pihak bank yang bertanggungjawab untuk mengutip tunggakan hutang dari pemiutang dengan memaksa bayar hutang.
Dek kerana hutang tertunggak berbulan lamanya maka anda akan sering diingatkan untuk membuat pembayaran semula atau perlu bayar hutang melalui panggilan telefon serta akan diberikan tempoh tertentu untuk buat bayaran bali menerusi surat dan sebagainya tanpa memahami keadaan kewangan anda pada ketika itu.
Setelah tiada bayaran yang dibuat, agen yang dilantik akan datang ke pejabat atau rumah untuk memungut hutang kerana belum menerima sebarang bayaran. Kehadiran mereka pasti sedikit sebanyak akan memalukan kita kerana mereka pasti akan bertanya kepada jiran atau rakan sekerja kerana ingin menjejaki kita.
Walau bagaimanapun, anda WAJIB tahu bahawa sekiranya identiti kita cuba diketahui, dikorek dan apa saja yang sama dengan perkara ini oleh agen pemungut hutang samada bertanya melalui rakan pejabat atau jiran kita, hal ini adalah menjadi satu KESALAHAN DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709).
Berikutnya kami kongsikan beberapa nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia melalui laman Facebook rasmi milik PDRM. Peringatan ini adalah untuk mereka yang pernah dan akan menghadapi situasi dimana anda dipaksa bayar hutang serta maklumat ini akan dapat melindungi data peribadi atau privasi anda di masa depan.
Agen Pemungut Tak Boleh Paksa Kita Bayar Hutang
Apakah Hak Anda Sebagai Pelanggan Apabila Berhutang?
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diikuti oleh ejen pengutip hutang. Proses pemungutan hutang perlu dilakukan dengan mengikut undang-undang, termasuk melindungi privasi sewaktu mengutip hutang.
Di bawah garis panduan yang disediakan, pihak bank yang menggunakan ejen pengutip hutang perlu pastikan:
- Memupuk standard professionalisme yang tinggi sewaktu mengutip hutang.
- Memastikan ejen menggunakan tindakan yang beretika dalam mengutip hutang.
- Tidak menggunakan kekerasan.
- Memberikan notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada penghutang.
- Menunjukkan kad kuasa.
- Memastikan maklumat penghutang tepat dan jelas.
- Mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan maklumat dan privasi.
Anda wajib tahu apakah hak anda sebagai penghutang jika agen pemungut datang menyerbu ke rumah.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)
Akta ini memainkan peranan penting untuk melindungi hak individu bagi mengelakkan syarikat menjual, berkongsi, atau menggunakan maklumat anda bagi kepentingan pihak ketiga.
Jika anda dapati ejen pengutip hutang telah menggunakan maklumat anda untuk memalukan atau memaksa anda membayar hutang (seperti mendedahkannya kepada rakan-rakan), mereka telah melanggar peraturan di bawah akta ini
Pengutip Hutang Tidak Boleh Mengancam Anda
Pengutip hutang tidak boleh mengancam anda dan juga menggunakan tindakan yang luar dari undang-undang untuk memaksa anda bayar hutang tersebut. Ini termasuklah menceroboh ataupun membuat kerosakan. Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengikuti anda dari tempat kerja dan juga mengintip lokasi anda.
Memaksa bayar hutang menggunakan kekerasan adalah salah di sisi undang-undang.
Bagaimana Cara untuk Membuat Aduan?
Anda boleh memfailkan aduan dengan bank berkenaan jika ejen pengutip hutang melanggar etika di atas. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara bank menangani aduan anda, anda boleh failkan aduan anda terus ke Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)
1-300-88-5465
bnmtelelink@bnm.gov.my
Waktu operasi: 9:00 am – 5:00 pm (Isnin – Jumaat)
BNMTELELINK (Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan)
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel:1-300-88-5465
Faks:03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS: 15888
BNMLINK atau Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat membantu orang ramai dan ahli perniagaan mengenai isu dan aduan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan dengan akses kepada pembiayaan, pengesahan status dan laporan kredit (CCRIS), prosedur pentadbiran pertukaran asing, serta pertanyaan tentang skim kewangan secara haram.
Pihak bank akan menghantar notis pemberitahuan kepada anda untuk bayar hutang terlebih dahulu, jangan abaikan panggilan telefon, surat atau notis emel dari bank berkenaan dengan pembayaran pinjaman anda.
Hubungi pihak bank sekiranya anda mengalami masalah membuat bayaran semula. Bank boleh menawarkan penstrukturan semula bayaran bagi membantu anda kerana pihak bank juga ingin mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar (non-performing loans).
Segera hubungi pihak berkuasa sekiranya wujud kekerasan yang digunakan oleh ejen pengutip hutang.
Kesimpulannya, anda wajib tahu apakah hak anda sebagai seorang penghutang dan jika anda dapati pemungut hutang menggunakan kekerasan atau apa saja seperti yang dinyatakan di atas dengan tujuan untuk memaksa anda bayar hutang, segeralah hubungi pihak berkuasa untuk membuat laporan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini. Semoga bermanfaat.