Jangan Cemas! Restoran Tetap Dibuka Tapi Tak Boleh Makan Di Situ, Anda Juga Tidak Boleh Duduk Di Situ

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Restoran dan premis makanan hanya boleh beroperasi untuk penghantaran seperti GrabFood, Foodpanda dan servis lain ekoran perintah kawalan pergerakan bermula esok.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam 21 perkara berkataitan fakta dan persoalan (FAQ) berkata, restoran masih boleh dibuka tetapi tidak boleh membenarkan pelanggan masuk dan makan di kedai.

“Restoran boleh dibuka tetapi hanya untuk menyediakan makanan yang dibungkus atau melalui servis penghantaran syarikat seperti Grab Food dan Food Panda,” kata MKN dalam kenyataan.

Grab awal pagi tadi memaklumkan syarikatnya masih menjalankan khidmat penghantaran makanan (GrabFood) dan GrabMart (penghantaran barangan dapur dan kesihatan).

Manakala khidmat dahmakan pula menyatakan: “dahmakan akan meneruskan operasi dan menghantar makanan yang bersih dan selamat. Jaga diri. Duduk di rumah”.

Malam tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan langkah kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 daripada terus meningkat selama dua minggu di seluruh negara, bermula esok hingga 31 Mac.

Larangan itu melibatkan pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Kajian Dunia Membuktikan Malaysia Adalah Negara Keempat Yang Penduduknya Takut Untuk Jadi Tua, Betul Ke?