Jangan Rapat Dengan “Oyen” Anda. Mereka Mungkin Pembawa Virus. Ini Yang Anda Perlu Lakukan

ORANG ramai dinasihatkan untuk tidak mendekati haiwan peliharaan masing-masing kerana bimbang haiwan terbabit dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya haiwan itu dijangkiti, ia juga boleh menjangkiti manusia.

Menurutnya, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan meneruskan menjaga kebersihan diri.

“Ada tujuh jenis koronavirus yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia antaranya, Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan yang terbaharu ialah Covid-19.

“Pemilik haiwan berkenaan perlu membawa haiwan peliharaan masing-masing untuk diperiksa di klinik haiwan bagi mengetahui sama ada ia dijangkiti Covid-19 atau sebaliknya,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Untuk rekod, seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif Covid-19 selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.

Harimau itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti koronavirus daripada manusia.

Sebelum ini, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti Covid-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Remaja India Islam 18 Tahun Reka Satelit Paling Ringan Dunia Hanya 1.2 Kg. ما شاء الله