Jangan Salah Guna,Beza Halia Muda & Halia Tua Dalam Masakan

Seperti yang diketahui ramai, terdapat 2 jenis halia yang sering digunakan dalam masakan iaitu halia muda dan halia tua.


Namun begitu, tahukah anda apa perbezaan di antara kedua-dua jenis halia ini? Kegunaan dua-dua halia ini berbeza mengikut jenis masakan.

Kalau ada yang belum tahu, mari MyResipi kongsikan perbezaan halia muda dan halia tua di bawah.

JENIS HALIA DAN PERBEZAANNYA DALAM MASAKAN

Halia Muda

Halia muda mempunyai kulit yang lebih licin dan berwarna kuning coklat.

Dari segi lain pula, halia muda memiliki bau dan rasa yang lebih lembut berbanding halia tua.

Halia muda biasanya digunakan dalam masakan stim atau kukus kerana aromanya yang lembut dan kurang pedas.

Halia Tua

Halia tua pula mempunyai warna kulit yang sedikit gelap dan kulitnya sedikit kasar. Bau dan rasanya juga lebih kuat dan tajam berbanding balia muda.

Halia tua ini sesuai digunakan dalam masakan tradisional seperti rendang, gulai, kari, masakan berkuah kerana kerana ia mempunyai aroma yang kuat dan sedikit pedas.

jenis halia

Bila dah tahu perbezaan halia muda dan halia tua ini, mudahlah nak pilih yang mana satu dalam masakan kita.

Sumber: Twitter @NurulShima_3