Kalau Malam Ni Masak Nasi Goreng Pattaya, Best Jugak

  • 2 cawan nasi putih
  •  1 keping dada ayam – potong kecil dan udang segar
  •  1 lobak merah – di potong kiub, sayur kailan secukupnya
  •  1 tangkai cili merah di potong serong
  •  2 biji cili padi – dicincang halus
  •  2 ulas bawang putih – dicincang halus
  •  1 sudu teh lada hitam – di tumbuk kasar
  •  2 sudu besar sos tomato 2
  •  garam dan lada sulah secukup rasa
  •  2 sudu besar sos ikan
  •  2 biji telur – dipukul (untuk dadar)
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan lada hitam, tumis hingga kekuningan dan wangi.
  2. Masukkan ayam, udang, lobak merah, sayur baby kailan, dan cili serta tumis selama 2 minit. Pastikan sayur-sayuran lembut dan daging telah masak.
  3. Kemudian, masukkan nasi, kacau semua bahan sehingga sebati. Tambahkan sos tomato, sos ikan, garam dan lada sulah secukup rasa rasa. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam kuali yang lain, masukkan sedikit minyak dan tuangkan telur tadi secara menyeluruh ke permukaan kuali.
  5. Letakkan secawan nasi goreng di tengah-tengah dadar dan lipat kepada empat bahagian.
  6. Telangkupkan ke dalam pinggan dan pusingkan. Hidangkan dengan sos cili.

Artikel Berkaitan   Resepi Oden Macam Di Familymar* Mudah Sedap Dan Cepat, Buat Sendiri Dapat Banyak Sikit