
3 Tips Bebas Hutang Yang Dipraktikkan Wanita Ini
Bimbang dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Manalah tahu jika diberhentikan kerja hutang masih banyak berbaki. Memang susah hati dibuatnya.
Dalam situasi ekonomi tak menentu dan keadaan pekerjaan kita yang tidak tahu bertahan lama atau tidak, sebolehnya kita mahu melunaskan hutang yang ada secepat mungkin.
Dia nekad melangsaikan hutang RM20,000 yang mengganggu hidupnya dalam masa dua bulan saja. Untuk misi tersebut, ini yang beliau lakukan.
Bagi yang mahu melakukan misi melunaskan hutang secepat mungkin baik hutang kad kredit, hutang belajar, hutang kereta dan sebagainya boleh ikut apa yang dipraktikkan oleh Eyfa Emir ini.
Semua keluar 2 bulan
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la 2 bulan ni.
Sebenarnya saya dah mula plan untuk setelkan hutang sejak 7 tahun lepas. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Jangan risau takde bisnes besar.
Jangan risau kalau gaji kecil.
Jangan risau kalau takde support anda.
Penafian: Ini adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result nya berbeza dengan anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tips mudah ni kat anda semua:
3 Tips Mudah Bebas Dari Hutang
1. Tuliskan semua hutang
Pilih hutang mana nak setel dulu
Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut setel dulu
Fokus untuk setelkan satu hutang dulu
Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki
2. Tambah pendapatan
Ramai stuck dekat sini sebenarnyaN, ak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya
Ada 5 kaedah untuk tambah pendapatan
Setiap kaedah ada prosesnya
Kalau betul cara insyaallah boleh dapat lebih 10k
3. Kurangkan belanja
Stop beli tudung baru
Stop beli baju baru
Stop beli kasut baru
Berhenti/kurangkan makan luar
Stop merokok kalau anda perokok
Stop scroll shoppee, lazada dan lain-lain
Kawal belanja sedia ada
Bila hutang selesai, memang tidur lena la. Dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kannn.
Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.
“Jom bebas hutang sama-sama”
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.