Guru sebak lihat murid darjah 1 yang baru kehilang ibunya, tinggal di rumah flat yang penuh dengan sampah

Dugaan tetap harus dilalui kerana takdir sudah tertulis begitu. Siapa tidak sedih melihat kanak-kanak yang masih bersekolah kehilangan ibu tersayang.


Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang guru di akaun TikTok menggunakan nama @reezmell apabila memuat naik video menziarahi anak muridnya yang bernama Aqila.

Menerusi video tersebut, dia menyiarkan Aqila baru sahaja kehilangan ibunya yang ‘pergi’ kerana kanser lidah.

Difahamkan, pelajar berkenaan tinggal bersama ibunya di sebuah rumah flat sehingga allahyarham meninggal dunia.

Apa yang membuatkan para guru yang hadir ke rumahnya sebak adalah keadaan tempat yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Dapat dilihat sampah berselerakan sehingga lantai bangunan tersebut basah kesan air sampah yang dibuang. Keadaan di dalam rumah juga agak daif memandangkan pelajar tersebut dalam golongan kurang berkemampuan.

Walau bagaimanapun, usaha untuk bertemu dengan Aqila tidak berkesampaian kerana dia kini tinggal bersama ibu saudaranya buat sementara waktu.

Di akhir video tersebut, @reezmell telah mengagumi kanak-kanak berkenaan kerana tetap bersemangat untuk ke sekolah walaupun diuji dengan kehidupan yang kurang sempurna serta kesihatan ibunya sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui berasa sayu mendengar perkhabaran serta dugaan yang menimpa pelajar yang baru berusia 7 tahun itu.

Dalam usia yang masih terlalu muda, dia perlu melalui situasi yang sukar lebih-lebih lagi kehilangan ibu tersayang. Justeru itu, rata-rata daripada warganet mendoakan agar Aqila terus kuat dan tabah dalam kehidupan ini serta berharap agar dia membesar menjadi anak yang berjaya kelak.

Menambah info berkaitan pelajar tahun satu itu, @reezmell menawarkan kanak-kanak tersebut tinggal bersama ibunya di rumah flat yang sudah ditinggalkan kerana tidak perlu membayar sebarang sewa.

Aqila pelajar tahun satu mempunyai 5 orang adik beradik serta pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah telahpun membuat kutipan sumbangan untuknya. Mereka juga adalah penerima zakat dan menerima RM500 setiap bulan.

Sumber: TikTok @reezmell