Petani yang dikenali sebagai Lakhan Yadav, 45, menemui berlian 14.98 karat itu ketika menggali tanah di tapak yang disewanya bulan lalu di Madhya Pradesh. Batu berlian yang ditemuinya itu bernilai lebih kurang RM327,000!
Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Seorang lelaki langsung tidak menyangka kehidupannya akan berubah ketika sedang mengusahakan tapak tanah yang disewanya.
Dia segera membawa batu itu kepada pakar batu berlian di daerah tersebut dan pakar mengesahkan batu tersebut adalah berlian yang bernilai lebih daripada £60,000 (lebih kurang RM327K)
Yadav pada awalnya menyangka batu tersebut sebagai batu kerikil. Tetapi setelah menggosok kotoran pada batu itu, dia melihat batu itu bersinar dan berbeza daripada batu lain.
Yadav berkata, dia akan menyimpan sebahagian wang itu untuk kegunaan pendidikan anaknya yang lebih utama berbanding kehendaknya yang lain.
Petani itu kemudian menjual berlian tersebut. “Ini telah mengubah hidup saya,” katanya memetik daripada laporan Times of India.
Dia juga telah membeli sebuah motosikal dengan tanah seluas dua hektar serta dua ekor kerbau dengan wang yang diterima sebagai ganti rugi kerana pihak Taman Negara Panna telah mengambil alih tanah tempat tinggal keluarganya untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan spesis harimau.
Yadav berkata, dia tidak akan berhenti dan akan terus mencari dan berharap akan menemui batu itu lagi di tanah yang akan diusahakannya beberapa bulan lagi.
“Saya membeli sebuah motosikal kerana dinasihatkan oleh anak saudara saya. Tetapi saya cukup sekadar menunggang basikal,” katanya.
Murah sungguh rezeki dia, kalau la min yang jumpa, boleh min belanja rakyat mesia huhu
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.