Seorang kanak-kanak lelaki di China disahkan positif Covid-19 selepas dipercayai bermain selimut milik seorang kanak-kanak perempuan yang dijngkiti wbak ma-ut itu.
Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun itu dipercayai dijngkiti setelah ibunya yang juga merupakan seorang guru tadika telah membawanya ke kelas. Setibanya di sana iaitu pada 11 Jun 2020, mgsa menghabiskan masanya selama 10 minit untuk bermain dengan selimut kepunyaan salah seorang pelajar perempuan di tadika berkenaan yang telah dijngkiti Cov-19.
Malangnya, beberapa hari selepas itu kanak-kanak lelaki terbabit sudah menunjukkan simptom-simptom wbak termasuklah mengalami demam ringan. Pada 15 Jun 2020, Suruhanjaya Kesihatan Provinsi Hebei telah mengesahkan mgsa sudah dijngkiti Covid-19.
Menurut sumber, kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun iaitu pemilik selimut berkenaan merupakan antara empat ahli keluarga yang sama dan telah disahkan positif pada 14 Jun 2020 yang lalu.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu bersama ibunya dijngkiti daripada bapa dan neneknya yang bekerja sebagai pembekal di Pasar Xinfadi yang terletak di daerah Fentai Beijing.
kredit kuala lumpur viral