Korang Yang Nak Try Belajar Buat Roti Ni Boleh Try Roti Inti Kuah Carbonara. Rare Tapi Sedap!

Hujung minggu ni, mungkin ada yang jemu dengan hidangan menu nasi berlauk dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Haa, tak perlu pening kepala kerana anda boleh mencuba resipi yang mudah dan paling penting sedap ini iaitu roti inti kuah carbonara.

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang holland (1 holland onion)
  • 200g isi ayam cincang (200g ground chicken)
  • 2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)
  • 1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)
  • Roti sandwich (sandwich bread)

Cara-caranya

  1. Kuah Carbonara
  2. Tumiskan satu biji bawang holland.
  3. Masukkan isi ayam yang telah dicincang dan tumis sehingga garing sedikit.
  4. Masukkan dua tin kecil sos karbonara.
  5. Masukkan setengah cawan susu segar.
  6. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware.

Roti Goreng:

  1. Lenyekkan roti.
  2. Letakkan inti carbonara tadi.
  3. Lapiskan dengan satu lagi kepingan roti.
  4. Tekap roti menggunakan cawan.
  5. Pastikan minyak telah betul-betul panas dan goreng.

Tonton video dari Khairul Aming ini untuk lebih jelas:

kredit era

Artikel Berkaitan   Rupa-Rupanya Inlah Yang Dilakukan Rasulullah Apabila Terlewat Solat Subuh..Mohon Kongsikan