Pemandu Ambulan Maut Dalam Kemalangan, Pesakit Yang Dibawa Turut Pergi Bersamanya

– Pemandu ambulans dan seorang pesakit wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di km 368.4 Lebuhraya Utara Selatan di Slim River di sini awal pagi tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 6.42 pagi.

“Kami segera mengerahkan seramai lapan anggota ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu ambulans disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pesakit meninggal dunia di Hospital Slim River.

Katanya, tiga lagi mangsa yang merupakan kakitangan hospital berkenaan mengalami kecederaan dan dirawat di hospital sama.

“Semasa kejadian, ambulans itu dipercayai dalam perjalanan membawa pesakit berkenaan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun ke Hospital Slim River lalu terbabas,” katanya. – Bernama