Kisah Remaja Autisme, Hidup Dalam Dunia Sendiri Macam Penjara Tapi Bahagia, Sampailah Satu Hari Adiknya Meninggal..

Dalam musibah yang melanda ketika ini, masih ada lagi kepahitan yang terpalit dalam hidup seseorang. Walaupun sudah lama menanggung kepayahan, tetapi golongan ini tetap sahaja tabah meneruskan hidup mereka.

Bukan mudah untuk menjaga kanak-kanak istimewa terutama sekali golongan autisme. Golongan ini perlu dijaga dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan tumpuan yang sepenuhnya terhadap mereka setiap hari.

Di laman Facebook, tular satu perkongsian cerita mengenai seorang remaja lelaki autisme yang berusia 25 tahun digelar sebagai Abang. Abang merupakan anak yatim piatu dan juga kini dijaga oleh neneknya yang kian uzur dimamah usia.

Abang dikatakan ‘dikurung’ dalam sebuah pangkin yang hanya mempunyi lubang tandas sahaja atas tujuan keselamatan.

Bagusnya sifat anak istimewa ini, walaupun tidur dengan neneknya namaun dia tidak pernah sesekali berlaku kasar kepada orang tua berkenaan.

Namun malangnya, dua tiga hari lalu, adik kepada anak istimewa ini telah dijemput Ilahi. Sangat menyentuh hati apabila Abang seakan-akan tidak memahami situasi yang berlaku saat itu.

Coretan mengenai anak istimewa ini sangat menyentuh hati warga pengguna Facebook. Ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai keluarga ini. Tetapi malangnya, tiada lagi info yang sah dan sahih diberikan setakat ini.

Sumber: Facebook.

Artikel Berkaitan   Edar Dadah Sama-Sama, Pasangan “Sweet” Sehati Sejiwa Ke Tali Gantung