Kisah Teladan Perbualan Malaikat Jibril A.S. bersama-sama Cacing, Kerbau Dan Kelawar.

Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibril A.S. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui si Kerbau.

Kerbau

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelawar.

Kelawar

Malaikat Jibril a.s. mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, “Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Cacing

Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, ” Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mti mereka akan disiksa selama-lamanya”.

Artikel Berkaitan   Dari Penyanyi Jadi Petani Berjaya, Juara One In A Million Ayu Damit Jana Pendapatan Lumayan Tanam Cili

Subhaanallah, kita sebagai manusia seharusnya kena banyak bersyukur.Cacing mampu bersyukur dijadikan sebagai cacing, apa lagi kita mansia …

Dalam sabda Rasulullah S.A.W. “Semua makhluk boleh mendengar azab kubur, kecuali jin dan manusia”

Cacinglah yang akan menjadi saksi akan Azab Kubur yang mengerikan itu. Cacing yang menemani kita ketika kita sudah mti.

ALLAHU AKBAR, selamatkan kami semua ya ALLAH d4ri azab mu, baik didunia mahupun diakhirat kelak,

Aamiin.

Mari kita bertaubat semuanya, insya-ALLAH, DIA akan mengampuni kita

Sumber : detikislam