“Korang Ni Tudung Labuh Tapi Hina Islam” Dikecam Hebat Kerana Belajar Di Kuil Hindu, Pensyarah Ini Cerita Perkara Sebenar

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang ditularkan di dalam media sosial berada di sebuah kuil Hindu di bandar raya ini sebenarnya terlibat dalam aktiviti kajian lapangan bagi kursus Agama dan Masyarakat.

Ketua Pusat Pengajian Antropologi dan Dakwah, UniSZA, Mohamad Hafis Amat Simim berkata, pelajar terbabit merupakan jurusan Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) yang ditugaskan membuat penyelidikan berhubung praktis agama dan juga kepercayaan masyarakat.

Beliau berkata, kumpulan 13 pelajar yang kesemuanya beragama Islam berkenaan telah memilih sebuah kuil di Kuala Terengganu bagi menjalankan kajian lapangan bagi memahami praktis agama Hindu.

“Mereka hanya bertindak sebagai penyelidik dengan melakukan aktiviti temubual bersama responden dan tidak terlibat langsung dalam mana-mana ritual agama Hindu yang dilakukan di dalam kuil tersebut.

“Ingin ditegaskan program penyelidikan yang dijalankan itu bersifat akademik dan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti agama Hindu mahu pun Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hafis berkata demikian sebagai mengulas penularan gambar kumpulan pelajar tersebut di dalam kuil terbabit yang menerima kecaman segelintir netizen ekoran salah faham.

Beliau juga menjelaskan program kajian lapangan berkenaan telah mendapat persetujuan pengurusan kuil Hindu terbabit selain makanan yang disediakan kepada kumpulan pelajar tersebut sepanjang aktiviti itu disediakan katering Muslim.

“Kursus ini diselia oleh Profesor dan ahli akademik yang berpengalaman dalam bidang sains sosial. Ada juga pelajar lain dalam kursus sama mengkaji agama dan kepercayaan lain seperti Islam, Kristian, Yahudi dan Buddha.

“Sehubungan itu,  kami memohon penularan isu ini yang berniat jahar bukan sahaja mahu menjatuhlam kredibiliti dan reputasi pelajar UniSZA malah ingin mencetuskan ketegangan antara masyarakat dan agama di negara ini dapat dihentikan,” katanya. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Lelaki 18 Tahun Nekad Kahwin 2 Isteri Dalam Tempoh 1 Bulan, Isteri Pertama Sangka Itu Tetamu Rupanya Madu, Ibunya Pula Pengsan Sebaik Tahu