
Bahan untuk inti:
- 1/2 biji kelapa parut
- 1/4 cawan gula melaka
- 1/4 cawan gula pasir 2-3 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil garam
- Bahan untuk kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
- 1 biji telur
- 4-5 helai daun pandan
- 1 sudu kecil garam
- 2-3 titik pewarna hijau (optional)
Cara penyediaan:
Cara-cara untuk inti:
- Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
- Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
Cara penyediaan kulit ketayap:
- Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
- Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau.
- Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
- Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat.
- Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
- Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.