
Kek Apam Coklat saiz mini begini sememangnya mudah dimasak berbanding kek yang bersaiz besar. Malah hidangan ‘bite size’ begini lebih digemari anak-anak kerana lebih mudah dimakan. Bagi anda yang nak cuba masak Kek Apam Coklat, saudari Diana Aswad ada kongsikan resipinya. Resipi ini beliau biasa gunakan untuk berniaga. Satu adunan boleh dapat dalam 50 biji kek jika menggunakan acuan lompang. Mudah nak agak kan? Jom cuba!
CARA MUDAH BUAT KEK APAM COKLAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat (ikut tahap kemanisan masing-masing)
- 1 cawan air suam
- 1 cawan minyak masak
- Esen vanilla
BAHAN AYAK:
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan ayak. Ayak dan ketepikan.
2.Dalam bekas bersesuaian, satukan telur, gula halus, susu pekat manis, air suam, minyak masak dan esen vanilla. Adun sebati.
3. Tambahkan kesemua bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sebati. Adun semua dalam 4-5 minit.
4. Ambil acuan lompang dan oleh minyak.
5. Tuang adunan Kek Apam Coklat ke dalam acuan lompang. Sukatannya jangan terlalu penuh dan jangan terlalu sedikit.
6. Panaskan periuk kukusan dan kukus kek tadi selama 15 minit.
7. Angkat dan keluarkan dari acuan bila sudah sedikit sejuk.


8. Boleh segera dinikmati atau hias mengikut selera masing-masing. InsyaAllah pasti menjadi.

BAHAN TOPPING ( JIKA SUKA)
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sudu air suam
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan sebatikan. Kemudian sapu pada kek.
Kredit resipi & foto: Diana Aswad