Lauk ‘Rare’ Orang Terengganu,Sayur Lemak Jambu Golok Dengan Sotong

Sayur lemak jambu golok dengan sotong merupakan salah satu masakan yang terkenal di negeri Terengganu.


‘Jambu golok’ ini sebenarnya adalah buah gajus, namun dipanggil dengan nama tersebut oleh kebanyakan orang Pantai Timur.

Siapa yang belum pernah cuba, memang sangat rugi. Masakan ini boleh dikatakan rare kerana tidak ramai yang menjualnya.

Jika ada yang mahu mencuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Sofea Sufi di bawah.

RESIPI SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK

Bahan-bahan:

  • Jambu golok/buah gajus (buang biji, potong memanjang)
  • Sotong (potong)
  • Santan
  • Limau kasturi
  • Garam

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah ros
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 hiris nipis halia
  • Isi ikan selayang/sardin rebus
  • 2 sudu teh lada hitam

Cara-cara:

1. Bersihkan sotong, cuci dengan limau nipis. Ketepikan.

sayur lemak

2. Ramas beberapa kali buah jambu golok dengan garam untuk membuang rasa kelatnya. Toskan.

3. Masukkan bahan kisar, santan dan hirisan jambu golok ke dalam periuk. Kacau-kacau.

4. Bila kuah dah menggelegak, perasakan dengan garam secukup rata. Masukkan sotong dan biarkan sekejap sebelum tutup api. Jangan terlalu lama, takut sotong keras.

5. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

sayur lemak

Kredit: Rasa