Laungan Azan Di Kuwait Ditukarkan Gara-Gara Darurat Kesihatan Yang Melanda Negara Tersebut

Seluruh dunia sedang terancam akibat COVID-19 ketika ini, mujur Malaysia masih lagi dalam keadaan terkawal.

Di Malaysia, pihak agama telah menyeru semua masjid dan surau untuk mengamalkan qunut nazilah bagi menolak bala dan jangkitan penyakit berbahaya ini.

Di Kuwait seruan azan ditukarkan oleh kerana darurat kesihatan yang melanda negara tersebut.

Jika kebiasaannya, kita mendengar laungan azan ‘hayya alassolah’ yang membawa maksud ‘marilah mengerjakan solat’.

Namun berikutan penularan COVID-19, pihak berkuasa telah mengarahkan agar semua masjid ditutup buat sementara waktu dan seruan azan juga ditukarkan kepada ‘assolatu fi buyutikum’ yang bermaksud ‘solatlah kamu di rumah’.

Ini merupakan kali pertama Kuwait mengarahkan supaya masjid ditutup dan juga larangan bagi solat Jumaat.

Untuk perkembangan lebih lanjut tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Twitter

Artikel Berkaitan   Kisah Benar Sewa Hotel Di Genting Highlands Tapi Terlupa Pasang Ayat Pada Malam Kedua. Inilah Yang Berlaku