Lelaki Ini Terkejut Menjadi Popular Tiba-Tiba Gara-Gara Tandatangannya Dikatakan Sangat Comel

seorang lelaki dari Peru secara tiba-tiba menjadi terkenal di laman sosial selepas tandatangannya menjadi viral. Mana tidaknya, tandatangan lelaki ini begitu unik kerana mempunyai bentuk seekor kucing.

Pada awalnya, lelaki ini ditahan pihak berkuasa atas tuduhan mempunyai senjata merbahaya dan dibawa ke muka pengadilan. Ketika ditahan, tandatangannya yang berbentuk kucing pada dokumen pihak berkuasa itu menjadi viral.

Dipetik daripada La Republica  , lelaki tersebut juga membela 16 ekor anak kucing dirumahnya, menjadikan ia antara sebab kenapa beliau mempunyai tandatangan berbentuk sedemikian.

Sumber: La Republica 

Artikel Berkaitan   Berang Dapat Makanan Lambat, Video Penjaga Zoo Diterkam Singa Viral