Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar-Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok

Resepi puding jagung yang berlemak manis ini memang wajib dicuba kerana cara penyediaannya sedikit berbeza dari resipi yang lain.


Cara yang dikongsikan oleh Saudara Muhammad Ali ini  menggunakan tepung kastard dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan tekstur yang kasar.

Tetapi untuk memastikan puding tidak berderai, beliau meletakkan sedikit serbuk agar-agar. Hasilnya, puding jagung menjadi sangat lembut!

RESEPI PUDING JAGUNG

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Dalam periuk, masukkan 1 paket agar-agar bersama 4 cawan air, 180g gula, 1 tin susu cair dan tepung kastard.

resepi jagung manis

2. Kacau sebati kesemuanya terlebih dahulu, kemudian baru hidupkan api.

3. Kemudian masukkan 1 tin jagung manis creamy dan 2 sudu makan kordial jagung.

4. Kacau sehingga mendidih. Bila dah mendidih, biarkan selama 1 hingga 2 minit, kemudian baru tutupkan api.resepi jagung manis

5. Masukkan 1 sudu kecil garam serta jagung manis (jika ada). Sebatikan.

resepi jagung manis

6. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.

7. Sejukkan selaama 4 jam di dalam peti ais sebelum dipotong.

8. Potong dengan berhati-hati kerana puding ini memang lembut. Selamat mencuba!

resepi jagung manis

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Ali