List Azam Tahun Baru 2019 Yang Anda Boleh Buat

Azam Tahun Baru 2019 Yang Anda Boleh Buat


Tahun 2019 sudah pun datang menjelma.

Apakah azam yang anda nak buat? Di dalam artikel ini, saya senaraikan beberapa azam yang anda boleh dapatkan pada tahun 2019.

Nekadkan dalam diri anda yang anda akan jimat duit tahun ni. Saya ada senaraikan 14+ tips untuk simpan duit.

Jimat duit penting supaya anda dapat bersedia untuk waktu sukar yang akan datang.

Anda boleh juga gunakan duit tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu seperti melancong dan melabur ke dalam hartanah.

Tu azam tahun baru pertama yang anda boleh buat. Yang kedua…

Buat blog pertama anda

Sekarang ni nak buat blog tak susah. Senang sahaja terutama sekali kalau anda gunakan WordPress. Saya dah buat satu panduan mudah menggunakan WordPress yang boleh membantu anda mulakan perjalanan blog anda. Tulis blog sambil buat duit menjadi trend sekarang… saya sendiri menulis blog ni utk tambah pendapatan selain menjual benih buah-buahan. Bagaimana caranya? itu rahsia… kalau nak tahu boleh PM fb saya Donny bin ien 

Dah buat blog anda sendiri? Mungkin azam tahun baru saya senaraikan selepas ini sesuai untuk anda…

Buat duit pertama anda di Internet

Pada zaman subsidi yang semakin berkurangan ini, (saya pernah tulis yang satu hari nanti kita takkan ada subsidi langsung), anda patut cuba buat duit di Internet.

Dan dalam apa bentuk intervensi pasaran, ini adalah hakikatnya: Subsidi AKAN HILANG SUATU HARI NANTI. – Harga Minyak RON95 Akan Naik Lagi

Selain daripada kewangan, kita kena tengok badan kita juga…

Menjadi lebih sihat

Menjadi lebih sihat ini termasuklah turunkan berat badan. Menjadi lebih sihat ni lebih holistik sedikit sebab kalau turunkan berat badan sampai rendah sangat pun masalah juga.

Mungkin ini azam tahun baru yang boleh menguatkan diri anda supaya anda boleh kejar semua azam anda yang lain. Lagi kuat badan, lagi bagus untuk anda. Lagi banyak benda boleh buat.

Kan?

Kadang-kadang ada yang kurus sangat sampai menakutkan orang lain yang tengok. “Macam penagih”, orang selalu kata kalau nampak orang yang sangat kurus.

Untuk sihat ni ada tiga komponen yang anda kena fikirkan iaitu: diet, aktiviti fizikal dan genetik anda.

Yang anda boleh ubah ialah diet dan aktiviti fizikal anda. Apa yang anda makan, senaman yang anda buat. Adakah anda aktif ataupun tidak? Genetik tu anda tak boleh ubah, tapi kalau anda tahu apa penyakit yang anda cenderung kena, lagi bagus supaya anda boleh menyediakan badan anda untuk penyakit-penyakit tu.

Dalam blog ni pun saya ada senaraikan senaman. Buah-buahan yang boleh anda jadikan untuk menggantikan makanan ringan pun saya ada.

Kenal lagi ramai orang

Lagi ramai orang yang anda kenal, lagi banyak kemungkinan untuk sesuatu hubungan baru untuk terjalin.

Ini termasuklah hubungan romantik, hubungan kerjasama perniagaan, kerja baru, teman serumah baru (kalau anda perlukannya), dan macam-macam lagi.

Rapatkan hubungan dengan isteri

Kalau anda dah kahwin, kenapa tak azam tahun baru 2019 ni anda cuba rapatkan diri dengan isteri? Mungkin kalau dia rasa anda pinggirkan dia, anda boleh cuba ubah diri anda sendiri.

Cuba buatkan dia rasa yang anda ada untuk dia dan tak hanya kerja semata-mata ataupun dengan kawan-kawan je.

Berkebun

Apa kata tahun ni cuba buat sedikit kelainan, belajar tanam sendiri di belakang rumah seperti sayur dan buah-buahan.. kan best kalau dapat merasa hasil titik peluh sendiri, hasil lebih selamat dari beli di pasar yang kita tidak tahu berapa banyak kandungan racun pada tanaman atau sayuran & buah tersebut.

Apa azam yang anda nak buat tahun ni? Cuba tulis dekat komen bawah ni – Via Kokotiam.com