“Macam Tu Rupanya,. Selama Ni Saya Minum Terus Dari Botol Saja” Netizen Tak Faham Motif Mr Diy Buat Tutorial Bancuh Sunquick

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Gara-gara membuat iklan cara membancuh minuman kordial Sunquick, kedai Mr DIY menjadi bahan tawa warga maya.

Ditonton lebih dua juta kali, rata-rata pengguna mempersoalkan mesej iklan tersebut, seakan orang ramai tidak tahu penyediaan air pati buah oren yang berada di pasaran sejak 1966.

Dalam video berdurasi 29 saat, kedai peralatan rumah dan keperluan lain itu menunjukkan cara menuang pati Sunquick ke dalam segelas cawan.

“Tetamu datang ke rumah secara tiba-tiba dan anda tiada apa untuk dihidangkan?

“Anda ada beberapa minit untuk menghidang, sebagai pembuka selera.

“Pati Sunquick pilihan terbaik dan siap dihidang dalam masa beberapa saat sahaja,” catat Mr DIY dengan menawarkan harga RM5.70 sebotol.

“Wow. Macam tu rupanya nak buat air Sunquick. Selama ni saya minum terus dari botol saja. Terima kasih atas tutorial yang penuh maklumat ini,” perli Leia Harris.

“Video anda memang sentiasa tidak berguna. Tolonglah pecat pasukan pemasaran anda,” kata Danny Qiu.

Sementara itu, seorang pengguna lain pula menyatakan, selepas menonton iklan itu, beliau memutuskan untuk membuang minuman kordial lain.

Ini kerana kata Mohamed Sobri Ariff, baru hari beliau tahu “betapa mudahnya” buat air Sunquick.

Dimuat naik sejak Januari, klip itu dikongsi hampir 600 warga maya.

Sunquick Concentrate – 9750680

Last-minute guest coming to visit your house and you have nothing to serve them? You only have a few minutes to prep a nice welcome drink at least, for a good first impression. SunQuick Concentrate is the perfect refreshment to serve and can be ready in seconds! 9750680 – RM5.70#mrdiy #alwayslowprices #sunquickconcentrate #sunquickorange #sunquick

Posted by MR DIY on Khamis, 9 Januari 2020

Artikel Berkaitan   “Rakan Dia Sembur Cecair Pengilat Kuku Pada Badan Dan Menyalakan Api. Anak Saya Meraung Kesakitan Kena Bakar”