Mahukan Air Katira Versi Ekspres dan Sedap

Sedapnya dapat menikmati air katira, lebih-lagi untuk berbuka puasa. Sebenarnya, bukan mudah untuk menghasilkan air katira resipi asli. Tapi, jika nak juga merasa, boleh cuba resipi air katira versi ekspres ini.


Perkongsian daripada Mas Azuan ini memberikan resipi cara membuat air katira yang dikongsikan menerusi Az Za daripada penjual di Bazar Ramadan. Wah, pasti sedap walaupun tidak sama dengan yang resepi asli dari Johor. Namun, tetap mempunyai rasa yang sedap dan tersendiri. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu cair

1 tin susu pekat

1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)

Pewarna hijau

Gula secukup manis

Cincau

Biji selasih

CARA MEMBUAT:

Rendamkan biji selasih dengan air panas terlebih dahulu supaya mengembang.

Hingga jadi kembang begini.

Sagatkan cincau hingga halus begini.

Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air, ais dan gula ke dalam gelas atau jag.

Kacau sebati dan masukkan cincau serta biji selasih.

Siap!

Kredit: Mas Azuan