Hubungan mesra di antara pelakon Mas Khan dengan usahawan Diana Nasimuddin kini melangkah fasa seterusnya! Mas Khan telah tampil memberikan kejvtan dengan melamar kekasihnya Diana Nasimuddin.
Menerusi posting di Instagram, Diana Nasimuddin menitipkan ucapan romantis kerana memilih dirinya yang merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak.
“18.11.21 menandakan peristiwa penting dalam hubungan kami. Terima kasih kerana memilih saya. Anda masih muda dan berjaya, anda memilih untuk mendedikasikan hidup anda untuk menjaga ibu tunggal ini dan tiga orang anaknya.”-Diana Nasimuddin
Bukan Perkara Mudah
Diana Nasimuddin turut memberitahu bahawa hubungan perjalanan mereka bukanlah satu perkara yang mudah dan hanya mereka tahu kisahnya.
“Saya tahu ianya bukan satu perjalanan yang mudah untuk kita tetapi hanya kita yang tahu kisah kita.
Semoga Allah SWT permudahkan perjalan kita hari ini Insya Allah. #roadtohalal”-Diana Nasimuddin
Mas Khan Akui Mudah Rasa Cemburu
Posting tersebut turut mendapat komen dari Mas Khan yang mengakui dirinya tidak sempurna dan akui dirinya mudah rasa cemburu.
“Saya tidak sempurna. Apabila bercakap mengenai hubungan, kadangkala saya serabut, saya mulakan pergaduhan, saya mudah cemburu.
Tetapi ada tiga perkara yang saya banggan menjadi diri saya, saya tidak main-main, saya memberikan yang terbaik dan apabila saya memilih awak, hanya awak. InsyaAllah”-Mas Khan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :lv