Masak Guna Rencah Mudah Je,Terlajak Sedap Nasi Goreng Tomyam

Biasa makan Nasi Goreng Tomyam? Rasanya memang sedap sama seperti Mee Tomyam yang biasa kita makan tu. Masam, masin, pedas, semua lengkap. Sekali suap, memang puas. Ditambah pula dengan pelbagai lauk dan sayur dalamnya, memang sangat memuaskan hati. Bagi yang nak masak menu ini untuk keluarga, saudari Noorhafizah Ismail ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!


RESIPI NASI GORENG TOMYAM SEDAP, TAK CUKUP SEPINGGAN

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi
5-6 ekor udang
2-3 ekor sotong – hiris
2-3 biji bawang merah – kisar
2-3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan cili kisar – bagi nasi goreng warna merah 
2-3 helai daun limau purut – hiris
1 batang serai – hiris
Cili padi tumbuk secukupnya – jika suka
3 keping kiub tomyam
Garam secukup rasa
Kubis bunga dan parutan lobak merah secukupnya

 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang merah, bwang putih, cili padi dan cili kisar seketika hingga naik bau.
2. Bila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan kiub tomyam, hirisan daun limau purut dan hirisan serai. Kacau sebati. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
3. Seterusnya masukkan udang. Kacau sebati dan masak seketika.


4. Bila tumisan sudah agak nak kering, masukkan nasi yang telah digemburkan. Kacau seketika.
5. Tambahkan sotong dan juga semua sayur.
4. Masukkan garam secukup rasa. Rasa dulu sebelum letak kerana kiub tomyam sudah memberikan rasa masin.
5. Gaul rata hingga semua sempurna. Nasi Goreng Tomyam siap dimasak dan boleh dinikmati bersama keropok keping goreng.

Kredit resipi & foto: Noorhafizah Ismail