Masakan Cina SIMPLE Dan Sedap,Ayam Masak Cendawan Shitake…..

Jom buat hidangan Ayam Masak Cendawan Shitake. Antara masakan Cina yang simple dan mudah dibuat. Yang penting, sedap!


Kalau nak makan sedap tapi tak guna bahan yang banyak atau cara masakan yang rumit, anda kena cuba masak braised chicken cara orang cina. Braised ni maksudnya reneh atau kukus.

Masakan ini mirip dengan ayam masak kicap, tapi lebih mudah dari segi penyediaan kerana menggunakan cendawan shitake. Rasa dia tak terlalu asing, dan pastinya disukai oleh anak-anak.

Shitake memberikan ‘flavour’ cendawan yang sedap lagi menyihatkan. Ikuti resipi dari perkongsian @_onlyfiey dari TikTok ini. Perkongsian beliau meraih sehingga 600k tontonan.


RESIPI AYAM MASAK CENDAWAN SHITAKE

ayam masak cendawan shitake

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Cendawan shitake
  • Red dates
  • Goji berry
  • Halia
  • Daun bawang – kuantiti ikut korang nak letak berapa banyak)
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula
  • Kicap cair
  • Sos tiram (secukup rasa)
  • 1 sudu tepung jagung

Cara memasak:

1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali minyak masak dan gaul rata bersama ayam.

2. Perap ayam kira-kira 20 minit.

3. Selepas perap, masukkan sesudu minyak masak dan kukus ayam kira-kira 15 minit.

4. Selepas siap kukus, dah sedia untuk dihidang.

 


Selamat mencuba resipi ini.