
Kalau cerita tentang kerabu, pasti ramai yang suka makan. Dapat pula kerabu suun. Dahlah sedap, makanan menyihatkan pula sebab tak perlu guna minyak untuk menumis atau menggoreng. Cuma celur sahaja.
Resipi perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid kali ini memang nampak menyelerakan sungguh. Makan kerabu suun macam tu saja pun dah sedap. Tak perlu lauk lain.
Jom kita cuba. Bahan-bahannya pun mudah diperoleh.
BAHAN-BAHAN:
200g suun
1 biji tomato (dihiris)
3 helai daun bawang (dihiris kasar)
½ cawan ikan bilis goreng
½ biji cili hidup merah (dihiris)
½ biji cili muda hijau (dihiris)
1 sudu besar daun ketumbar (dihiris jika mahu)
1 biji cili padi merah (dihiris)
1 biji cili padi hijau (dihiris)
½ cawan lobak merah (diparut)
1 sudu besar bawang putih (digoreng)
½ cawan daun sup (dihiris kasar)
½ cawan kacang (digoreng)
CARA MEMASAK:
Rendam suun dengan air panas selama 3-4 minit.
Toskan air panas. Tidak perlu bilas dengan air sejuk.
Apabila sudah boleh dipegang, letak sedikit minyak dan relai-relaikan (seperti kita buat pada spageti).
Meriah dan ceria sayur-mayur begini, kan.
KUAH KERABU (DRESSING)
BAHAN-BAHAN:
1 cawan minyak bawang putih
¼ cawan jus limau nipis/ lemon/ cuka
3 sudu besar sos ikan/ sos sotong
1 sudu teh garam/ secukup rasa
1 sudu besar gula/ secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau rata.
Tuangkan kuah kerabu ke dalam suun dan gaulkan. Boleh ambil kesempatan untuk relai-relaikan lagi suun pada masa ini.
Tambah sayur-mayur dahulu dan kacau rata. Dah siap. Sedia untuk dinikmati.
Tambah bahan rapuh dan kacau rata sekali lagi.
Puas hati! Pedas, masam, rangup, lembut semua cukup. Alhamdulillah.
Selamat mencuba.
Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid