
“…Kami faham bagaimana sembahyang ini penting untuk sahabat Muslim dan kami ingin menjadi sukarelawan supaya mereka tidak perlu meninggalkannya”
Ketika lebih 1,000 muslim berkumpul di Masjid Abdul Razak di Eunos, Singapura pada Ahad pagi untuk menunaikan solat sunat aidiladha, sukarelawan daripada Kumpulan Agama Buddha, Shinnyo-En Singapura membantu mengawal lalu lintas dan menutup jalan bagi memberi ruang lebih selesa kepada muslim untuk menunaikan solat.
Itu merupakan kali pertama Shinnyo-en Singapura melakukan kerja sukarela sebagai ‘road marshals’ ketika muslim menunaikan solat sunat AidilAdha atau Hari Raya Haji, lapor straitstimes.
“Bilangan jemaah yang datang ke Masjid Abdul Razak meningkat saban tahun sehingga sebahagian daripada mereka tidak dapat memasuki masjid”- Syed Salleh/ Setiausaha Masjid
Malah dia menyedari ramai jemaah terpaksa solat di laluan pejalan kaki atau jalan di luar masjid yang baginya tidak selamat.
Katanya tahun ini pihak masjid membuat keputusan untuk memohon penutupan jalan ketika jemaah ingin menunaikan solat sunat AidilAdha.
Ketika idea tersebut diusulkan pada Mesyuarat Antara Bangsa dan Agama Kembangan-Chai Chee (IRCC), kumpulan Shinnyo-en menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan road marshals pada waktu solat di pagi Hari Raya Haji.”
Katanya seramai 6 sukarelawan dari Shinnyo-en menjaga lalu lintas di kawasan masjiid.

Sumber: Straitstimes
Tan Pia Tiang, Pengurus Shinnyo en berkata
“Singapura merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian agama namun terdapat banyak persamaan dan salah satu daripadanya ialah sembahyang. Kami faham bagaimana sembahyang ini penting untuk sahabat Muslim dan kami ingin menjadi sukarelawan supaya mereka tidak perlu meninggalkannya”
Malah Pia Tiang berkata Shinnyo-en juga gembira untuk membantu lagi pada sambutan Hari Raya pada masa hadapan.
Wah! Salute lah dengan rakyat yang mempunyai pemikiran macam ni. Kan bagus kalau kita saling tolong menolong antara satu sama lain, baru lah hidup dalam aman dan harmoni kan.