Menarik Cara Ibu Ini Tunjuk Masak Bubur Nasi Bayi Dalam 10 Minit. Mudah & Jimat Masa

Bermula dengan anak lahir, rutin ibu berubah. Apabila masuk sahaja usia 6 bulan dan anak mula belajar makan, penyediaan makanan untuk anak juga penting bagi memastikan anak cukup zat.


Namun memikirkan untuk membuat bubur anak yang mengambil masa lebih 30 minit mungkin agak lama ditambah pula dengan ibu bekerja yang sentiasa nak cepat. Ibu bergelar suri rumah pun tetap sama kerana nak juga buat kerja lain.

Selepas ini tak perlu nak fikir dua tiga kali untuk buat bubur anak. Cara yang dikongsikan oleh Kamsiah Mat Osman ini cukup mudah dan cepat dan hanya ambil masa 10 minit untuk siap.

Cara-Cara Membuatnya:

1. Basuh beras bersih-bersih, masukkan dalam bekas dan isikan air.


2. Simpan beras tadi dlm peti sejuk beku semalaman, sebelah tu ayam untuk masak bubur anak, pack siap2 senang nak masak nanti


3. Time ni boleh letak sayur atau apa-apa bahan lain, agak menggelegak terus masukkan beras yang beku tadi


4. Semua dah bersatu mcm ni tunggu 10 minit pastikan api sederhana kecil tau


5. Tadaaa…siap. selepas 10 minit


6. Dah siap masak tadi pn_scha blend dan masukan dlm bekas mcmni.. simpan dlm peti sejuk, time anak nak makan keluarkan satu bekas rendam guna air panas. sehari 3 kali ank pn_scha makan. sebekas beras tadi boleh dpat 5 bekas


Kredit: Kamsiah Mat Osman Via PaMa