Mengalami Berat Badan Obesity, Kucing Ini Dipaksa Amalkan Diet Oleh Tuan Barunya

Bukan Photoshop, Bronson, seekor kucing yang mempunyai berat 33 pounds, atau bersamaan 15 kilogram, menjadi perhatian di laman Instagram.

Mana tidaknya, Bronson mempunyai saiz badan yang agak ‘obes’ dan besar berbanding kucing biasa dan kini dijaga di West Michigan Humane Society, selepas kematian tuannya.

Menurut laporan, kucing tersebut sebelum ini dihidangkan dengan makanan yang mempunyai karbohidrat tinggi, menyebabkan dia menjadi sebesar sedemikian.

Pemilik baru Bronson kini mempunyai plan diet baharu untuk kucing tersebut. Setiap hari, Bronson hanya mengambil 375 kalori makanan, dan makanan rendah lemak sahaja.  Bronson juga menjalani sesi hidroterapi untuk membantu proses mengurangkan berat badan.

Sehingga kini, kucing tersebut telah berjaya mengurangkan berat sebanyak lima kilo daripada 15kg kepada 10kg! Yeaaaa!

Sumber: Youtube

Artikel Berkaitan   Kerana Keinginan Yang Luar Biasa, Warga Emas Ini Tidak Pernah Membasuh Rambutnya Selama 40 Tahun