Lepas membeli belah kat pasaraya, adakah korang sejenis yang suka tengok resit untuk lihat semula barang apa yang korang beli dan betul ke barang tu semua yang di’scan’ dalam resit?
Well, kalau korang sejenis yang berperangai macam tu, korang terselamatlah daripada jenis penipuan yang berlaku kepada seorang makcik baru-baru ni.
“Mak sis patah balik nak refer ke cashier tapi dihalang guard”
Menerusi satu perkongsian di Facebook, ibu kepada netizen ni katanya telah pergi membeli belah di satu pasaraya dekat Pontian, Johor.
Namun timbul kemusykilan pada makcik ni bila dia terpaksa membayar harga yang agak tinggi untuk hanya beberapa barang yang dia beli. Bila makcik tersebut nak refer ke cashier dan jumpa dengan supervisor mahupun pengurus pasaraya tu, dia telah dihalang pulak oleh guard. Laa apa masalahnya ni?
“Mentang-mentang aku orang tua… senang-senang je nak dibodohkan”
Menurut anak mangsa, hampir extra RM42.90 yang perlu dibayar ibunya tanpa diketahui oleh mangsa. Uish kira banyaklah tu!
“Saya pun pernah kena dekat pasaraya ni”
Agak mengejutkan bila dilihat di ruang komen, beberapa netizen mengaku yang mereka juga pernah ‘terkena’ dengan pasaraya tersebut. Uish bahaya ni!
Apa-apapun diharapkan pelanggan lebih peka sikitlah mengenai bab-bab ni bila membeli belah. Kena juga periksa sama ada apa yang kita beli tu sama dengan apa yang kita bayar. Macam-macam taktik pula orang sekarang menipu ye!