Bagi golongan rabun, segelintir mereka tidak gemar memakai kanta lekap bagi membantu penglihatan dengan lebih jelas. Malah, ada juga takut apabila memikirkan cara memakai dan mencabut ‘lens’ yang dilihat agak menyeramkan!
Justeru, golongan tersebut kadang-kala kurang keyakinan diri terutama dari segi penampilan apatah lagi ketika melalui hari-hari penting. Adakah sanggup tidak cermin mata (spek) sekali gus ‘menyeksakan’ diri sendiri?
Baru-baru ini, seorang pengantin perempuan yang dikenali sebagai Nurain Sariman mencuri tumpuan pengguna aplikasi TikTok apabila tampil memakai cermin mata di majlis pernikahannya.
@nurainsarimansebab baru dapat gambar nikah so saiya cuba😅😅#capcut #fyp#solemnization ♬ original sound – Nurain Sariman – Nurain Sariman
Menurut Nurain, dia baru menerima koleksi foto pernikahannya daripada jurugambar yang dilihat mengenakan busana serba putih serta tidak lupa cermin mata berbingkai hitam miliknya.
Dua video yang dimuat naik itu memaparkan foto rawak Nurain dan suami sepanjang melangsungkan majlis berkenaan hasil ‘photoshoot’ di dalam dan luar rumah.
@nurainsarimanpenah tengok bride pakai spek?? #ourstory#solemnization #fyp
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata golongan rabun meluahkan rasa lega kerana tidak perlu memaksa diri untuk memakai cermin mata di hari bahagia mereka nanti.
Malah ada juga yang mengatakan, itu adalah kali pertama mereka melihat pengantin (rabun) menolak untuk memakai kanta lekap selain memuji kecomelan Nurain walaupun kelihatan ‘nerd’ atau ‘skema’.
Saya makin yakin nak pakai spek masa kahwin!
Akhirnya jumpa juga pengantin pakai spek
Tahniah sis! Saya tak nak pakai ‘lens’
“Pakai bulu mata, tapi sangkut kat spek”
Aku pun nak macam ni..
Bagaimanapun, Nurain tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai dirinya atau tarikh dia melangsungkan perkahwinan bersama pasangan tercinta. Apa-apa pun, tahniah diucapkan!
Sumber: TikTok @nurainsariman