Menu SimpleUntuk Siang & Malam. Ratah Macam Tu Pun Sedap!

Sup ayam dengan kuah kaw atau kuah yang sedap memang best bila makan masa panas. Menu mudah untuk dimasak dan dijadikan hidangan lauk untuk makan siang ataupun malam. Tak nak makan dengan nasi boleh ratah dan hirup kuah dan isinya macam tu sahaja.


Sesuai juga dijadikan hidangan untuk ahli keluarga yang tak sihat. Sedap dan mudah nak buat!

Sup Ayam Kuah Kaw

Bahan kisar:

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Bahan tumis:

2 biji bawang besar dihiris

3 sudu besar penuh rempah sup adabi

1 ekor ayam saiz kecil dipotong 16

Cili padi, daun sup, batang sederi dan tomato secukupnya

1 paket cendawan enoki atau apa2 sayur kegemaran

Cara Memasak:

Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris hingga garing hampir gelap dan masuk pula bahan kisar dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak

 

Setelah pecah minyak masuk rempah sup kacau rata hingga terbit bau. Masukkan air mengikut banyak kuah yang diingini dan akhir sekali masukkan ayam

 

  1. Reneh hingga ayam lembut atau masak masukkan semua bahan berbaki satu persatu dan kacau rata. siap.

Kredit: Aisyah Humaira