Minuman Mudah Ini Boleh Turunkan Berat Badan & Atasi Sembelit

Ada yang berazam nak turunkan berat badan ? Selain melakukan senaman secara berkala, anda juga boleh cuba minuman ni. Menurut perkongsian saudari Nurul Moolek Cereprove, resipi ini beliau dapat dari blog penulis barat. Bila dicuba, sangat-sangat serasi dengan beliau. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak. Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan ( sekali minum).

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji kurma
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
  • 1 gelas susu ( saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu low fat.)

CARA-CARA:

1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.

2. Masukkan susu danbuah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk Kayu Manis Ceylon

3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.

Kredit resipi & foto: Nurul Moolek Cereprove   & Rasa.my

(Visited 89 times, 1 visits today)

Add Comment