Mudah Rupanya Nak Buat,Resipi Ratatouille Macam Dalam Movie

Mari cuba buat sendiri resipi Ratatouille di rumah. Ia menjadi terkenal kerana muncul dalam filem animasi popular yang dikeluarkan oleh Pixar pada tahun 2007, di mana hidangan ini dimasak oleh seekor tikus yang menjadi chef.


Ratatouille adalah hidangan yang berasal dari Provence, Perancis, yang terkenal dengan campuran pelbagai rasa dan warna sayur-sayuran.

Berikut adalah resipi asas untuk membuatnya menerusi perkongsian Ryu Watanabe.


RESIPI RATATOUILLE MACAM DALAM MOVIE

Yang korang tengok cerita tikus masak tu, ini lah ia. French cuisine. Sepenuhnya sayur. Ikut tekak memang sedaplah. Kalau tekak pure melayu takut tak makan pula. 

resipi ratatouille

Bahan-bahan:

  • 1 biji terung – potong dadu kecil
  • 1 labu kecil (zucchini) – potong dadu kecil
  • 1 biji bawang – dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 2 biji lada benggala (merah dan kuning) – potong dadu kecil
  • 4 biji tomato, potong dadu kecil
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar perasa herbes de Provence (campuran rempah kering seperti thyme, rosemary, oregano)
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Daun selasih segar untuk hiasan (optional)

Bahan-bahan sayur hiris bulat:

  • Sayur terung (cari yang purple cantik)
  • Sayur zucchini hijau dan kuning
  • Tomato

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk besar dengan api sederhana. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan potongan terung dan kacau rata. Masak selama beberapa minit sehingga terung mula lembut.

3. Masukkan cili benggala dan zucchini yang dicincang. Gaul rata dan masak selama beberapa minit lagi.

4. Masukkan kepingan tomato ke dalam kuali. Masukkan juga perasa herbes de Provence, garam dan lada sulah. Kacau rata dan biarkan sayur mendidih.

5. Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan sayur-sayuran perap selama kira-kira 20-30 minit. Kemudian kisarkan menjadi pes.

6. Rasa dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada sulah mengikut citarasa anda.

7. Ratakan pes dalam bekas atau apa-apa acuan yang boleh bakar dalam oven. Susun sayur yang sudah dihiris bulat.

8. Keluarkan dari oven dan hidangkan sementara hangat. Anda boleh menambah daun selasih segar di atas untuk hiasan.

resipi ratatouille


Ratatouille biasanya dihidangkan sebagai pembuka selera, hidangan utama, atau sebagai iringan kepada hidangan daging atau ikan.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Ryu Watanabe