Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nak digambarkan mengenai nasib segelintir masyarakat kita yang terp4ksa mengharapkan ihsan orang lain untuk meneruskan kehidupan.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di Fesbuk dengan nama akaun, Acik Acik, menceritakan mengenai seorang bapa muda membawa anak kecil sedang buntu memikirkan bagaimana mahu bantuan.
Gendong anak cari bantuan
Berdasarkan status yang ditulis, lokasinya adalah di sekitar Alor Setar, difahamkan bapa muda boleh dikenali sebagai Zaid secara kebetulan terserempak dengannya dan terus bertanya bagaimana mahu mendapatkan bantuan.
Menurut apa yang diceritakan, isterinya kini ditahan di penjara kerana tidak mempunyai permit perjalanan yang sah. Hidupnya bertambah sukar apabila tidak lagi dapat bekerja di kedai dia bekerja sudah tidak beroperasi sejak daripada P.K P.
Taukey Cina kesian, bagi duduk free jer
Disebabkan kesempitan wang, Zaid hanya mampu memberi anak minum susu pekat. Simpati dengan nasib yang menimpa Zaid, wanita itu berharap posting di Fesbuk dapat membuka ruang agar ada insan sudi membantu bapa muda ini.
Difahamkan, dua beranak tersebut kini tinggal m0tel bajet secara percum4 atas ihsan pemilik, yang juga kasihan melihat mereka tiada tempat berteduh.