Nasi Goreng Tuanku Permaisuri Agong. Tak Perlu Guna Bawang, Butter Mampu Sempurnakan Rasa.

Nasi Goreng Tuanku Permaisuri Agong, nama sesedap rasanya. Menyediakan nasi goreng ini cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan bawang sebagai asas masakan, sebaliknya mentega digunakan sebagai pelengkap rasa.


Terima kasih Nora Shimah atas perkongsian resipi.

Bahan :

Sc mentega

Cili besar – tumbuk dengan garam kasar

Telur

Sosej – potong dadu

Daun bawang

Serbuk lada hitam

nasi

Cara :

Cairkan butter dalam kuali dan masukkan cili besar yang ditumbuk tadi.
Kemudian masukkan telur dan kacau perlahan jangan sehingga pecah. Biarkan berketul besar.
Selepas itu masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu.
Masukkan daun bawang yang dipotong halus.
Perasakan dengan serbuk lada hitam secukup rasa.
Selepas sebati, masukkan nasi dan gaul.


Kredit resipi & foto : Nora Shimah,icookasia