Padah Ajar Ibu ‘Online Shopping’, Lihat Apa Yang Suaminya Lakukan Apabila Pokok Mangga Sampai Ke Rumah

Bahana Ajar Ibu ‘Online Shopping’, Lelaki ‘Dimarahi’ Bapanya Apabila Pokok Sampai Ke Rumah

Dalam era globalisasi ini, perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat kerana semuanya boleh didapati pada hujung jari

Sebut sahaja apa yang diinginkan atau diperlukan, semuanya boleh didapati melalui perkhidmatan pembelian dalam talian atau lebih dikenali sebagai ‘online shopping’.

Antara portal pembelian dalam talian yang popular termasuklah Mudah.com, Lelong, Zalora, Lazada, Reebonz, Groupon , Shopee, dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya turut menjadi medan niaga buat peniaga dunia maya yang menjual dari pelbagai jenis pakaian hinggalah aneka jenis makanan dan minuman pada harga yang sangat berpatutan.

Namun begitu, kita sering kali berpendapat bahawa perkara-perkara online ini hanya dilakukan dan digemari oleh golongan muda-mudi sahaja. Tetapi bagaimana pula sekiranya ibu bapa kita tahu cara-cara untuk online shopping?

Seorang lelaki telah berkongsikan kisahnya ‘dimarahi’ bapanya apabila sebatang pokok mangga sampai ke rumah melalui perkhidmatan PosLaju

Rupa-rupanya lelaki tersebut telah mengajar ibunya cara untuk membeli barang secara online sehingga ibunya telah membeli pokok tersebut dari laman Shopee.

Ekoran tularnya cerita ini, ramai netizen yang baru tahu bahawa pokok juga boleh dibeli secara online

Bukan itu sahaja, ramai juga netizen turut berkongsikan kerenah ibu bapa masing-masing yang ‘ketagih’ online shopping

Apabila bercakap tentang online shopping, ibu bapa kita lagi ‘dahsyat’ dari kita rupanya!

Sumber: Says.com

Artikel Berkaitan   Mohd Sufian Mat Noor Raih RM5000 Sebulan Jual Madu Kelulut - Fakta & Khasiat Madu Kelulut